Friday, 23 December 2016

sakit hapus dosa 😞

Bismillahiraanirahim. Assalamualaikum semua !! 

12.44 AM waktu aku menaip entry ni . Tarikh ni 23/12/16 genap 37minggu perjalanan mengandung anak sulung aku . 

Sungguh terlalu banyak pengalaman baru yg sangat berharga dan tak dapat diterjermah dengan kata2 . 

Its all about BRIXTON HICKS . Acctually. Aku dah strt rasa false contraction ni dari 35week lagi . But tak hardcore mana pun contraction tu . Still boleh control . Boleh tdo dengan lena . 

But when dah masuk 36week . Boleh dikata every night contraction tu datang . Rasa menekan nekan kat bawah perut . Ngilu kat ari ari . 

Bila pi chkup aku cerita kat doctr . Dia cakap . Kpala baby dah kat bawah . Dia tak sabar nak kluar kot . She said . 36week and above dah boleh get ready incase early labour . 😱

Eksaited tu mmng lah eksaited . Tapi dalam masa sama . Em risau nyee .. Ni semua antara hidup dan mati tau . Tiba2 terus terkenang dosa2 . Seandainya , hayat aku sampai sini je cemana ? 

Ya . Tahu tak patut fikir negatif. Tapi tulah . Time preggy ni bnde yg always trlintas kat kpala . Negatif . Huhuhu

Dan ..
Aku pun sesiap lah letak barang bby dlm kereta . Incase ppe kan ? 

Then bila dah reach 37week . Nikmat tidur aku kena tarik .. 😞 aku hanya mmpu mendengar dengkuran lena suami terchintoo . Sambil menahan sakit . 

Huwaaa !! Bila aku mengeluh kuat . Afiq akan terjaga . Then aku suruh dia tdo balik . Aku cakap . 

"Cuma sakit perut . Insha Allah boleh tahan lagi . "

In fact. Aku taknak kacau tidur dia . Dia penat keje . Tipulah taknk org teman qte bagi support moral . Tapi since aku boleh layan contraction ni sdri . Aku taknk kacau dia . 

Esok dia nak keje . 

Cuma bila aku tak tahan sgt . Aku tergenggam tangan dia kuat . Dia tersedar . Cer teka apa dia tanya ? 

"Syg nak beranak dah ke? Jom g hospital ..."

😴😴 sabar jelah aku . Aku cuma jawab . 

"Belom lagi . Tidurlah .."

Hahaha aku tak pasti dia sedar ke tak apa yg dia cakap tu . Sbb lepas tu aku tgok dia lena balik 😂 . 

Hahaha ! Kesian laki aku . Letih ☹️

So bila contraction ni makin kerap . Aku rasa nak sesuatu . Em nak mak . Sbb ? Aku xde pngalaman. Aku tak tahu apa2 klau ada mak aku boleh tanya macam2 . Hmm

Haritu balik kenduri . Dah plan nak stay Johor . Smpai bersalin .. Sampai habis pantang. Tapi bila fikir balik . Klau tetibe nk beranak . Suami aku xde ? Tak mau lah . 

Jadi aku pun mmbatalkan niat tu . So skrg . Aku cuma mmpu call mak je utk tanya mcam2 .. bukan taknak tanya mertua. tapi . segan 🤣

Untunglah mak tak jemu layan even lewat malam . I love u mak ! 

Sekarang apa yg aku rasa . Tak lama dah aku nk beranak ni . Rasanya bfore 13/01 dah kluar . Huhuhu

Satu yg aku harap ! 
Semoga Allah permudahkan segalanya. Aaamin 💕



Tuesday, 13 December 2016

pikir tajuk jap

Bismillahiraanirahim.. Assalamualaikum dan selamat malam. hehe 😘
Malam ni taip entry baru . Untuk isi rasa bosan tak boleh tido . haha ! 

Aku tengah syok2 pkai hotspot suami tercinta . Boleh pulak battery kong . Haih redhoo jer mak ni . 

Nak lelap mata tak mahu lelap . Aiyaa! 
Dah dua hari dah aku dekat taman muhibbah . My home sweet home 💕 takde katil yg lebih empuk dari katil sdri . Auwmm ! Hahaha ! 

So, aku balik sini Sabtu haritu . Pkul 11 cmtu baru smpai . Gerak 7pagi . Dua kali berenti .
Bila dah sarat ni rasa tak suka dduk dalam kereta. Sakit pinggang ☹️

Tapi Alhamdulillah lah still ok lgi masa otw balik kulai tu . Tak sakit sangat pun . Bby is behave dlm perut ibu . Haha !

Sampai je . Aku tgok rumah mcm so-so je . Sooo aku pun mkan , lpas mkn tolong2 kmas . Ksian lak kat bonda bt sesorang . 

Cuma mk sgt tak bgi aku msuk dapur . Licin katanya . Hehe ok faham ! 

So, kawan aku yg dapat datang just Nadia and Zulaikha je . Takpe tak kisah pun yg tak dapat datang tu . Cuti pnjng kn ? Family time . 

Lagipun , knduri ringkas je . Doa selamat utk aku bfore deliver nnty jer 🙈
Dua ketul tu ada pun dah bermakna . 




Yg si Nadia tak hbis2 tanya aku about preggy . Aku rasa nak tarik dia dgan ika masuk bilik and cerita everything. Yelah precious memory . Nafsu mmbuak buak nk cerita kat org . 

Hahaha ! Tapi masa nadia tanya tak kne time . Aku segan nk cerita . Sbb aku terasa sgt diperhatikan. Aku jawab soalan dia pun gitu2 je . 

Dah lah ada makcik tu . Dari dia datang . Sampai nak balik tgok aku semacam je . Like sinis sgt . Hm . 

Buat aku tak selesa . Then aku pun tak bleh bla dgn pndangan memukau dia tu . 
Aku buat2 lah kmas dapur . Mmbusykan diri . 

Malas nak dduk depan . Sorry Zulaikha . Nadia . Tak layan korang 😂
Nadia tegur aku. Aktif sgt . Haha ! 
Sesungguhnya klau aku kat Subang , bt kje rumah lagi xde gaya org preggy weh . Klau Afiq ada , always kne marah 😂
Bila aku ada rasa nk masak ssuatu , mintak Afiq belikan bahan , always kne bebel . 
Nak wat cemana . Aku rasa tepu bila satu hari xde bt keje . Hm

Lpas hbis knduri ritu pun . Sdara mara dah balik . Aku gasak sental bilik air . Pagi tu bngun siap boleh angkat kerusi 😂
Hasilnya kne marah dengan mak . Dn aku tidooo 😴😴
Haha ! Sebenarnya mmng rasa tak selesa bawak perut . Aku ni pulak kurus . Bby pulak berat . Mmng rasa lenguh sangat kaki bila diri lama . And bnyak jalan . 

Tapi nak buat cemana . Mmng tak reti dduk diam . Hassil nya 

"Sayangg... Picit kaki 😂😂 ..."
Haha okbye 😜



Monday, 5 December 2016

menghitung hari 💕

Bismillahiraanirahim  . Assalamualaikum. Untunglah tido lena . Jam didinding terus berdetak aaa .. Hm 1:35 am 😓
Mata tak mau lelap ni ha . Perut sakit boh . Hm . Mak pesan siang jgn aktif sangat . Malam tdo pakai stokin , sapu minyk pnas . 

Huhu tdo pkai stokin ? Ish mana mungkin dikala musim panas ni . Hm 
Panas kat aku jlah . Org lain mlm2 tarik slimut aku klau boleh nk tdo dlm toilet hukhuk 😅
Aku rasa malam aku sesakit badan sbb siang aktif sgt kot . Hm 
Ibu pun pelik tgok aku . Till haritu dia tgur . 

"Lajunya naik tangga fizan .. 😂"

Dont know why bila siang kkdang rasa mcm tak ngandung . Haritu lupa angkt baju ttbe hujan lebat . Berlari nk angkt baju . 
Ibu nmpk aku lari. Ibu yg gabra. 
The baru aku sedar yang aku preggy kahkahh!

Sian anak mama, gegor2 😂

Bila malam ? Sakit sana sini . Afiq yg kletihan balik keje tu jugak lah urutkan . Hukhuk ! 
Nak tak nak dia kne redha . No komplen . 

Haritu , aku sembang dgn Afiq, aku cakap aku rasa tak lama dah bby ni . Sbb aku chek simptom2 nak bersalin tu dah bnyak listed. 

So, apa simptom nak bersalin? Ni aku copy kan yer . Dari blog ibuzarith.com 💕
Pre-Labour: 1 hingga 4 minggu sebelum bersalin

1. Baby “jatuh”
- Beberapa minggu sebelum melahirkan, kedudukan baby semakin ke bawah. Kepala baby akan mula engaged dengan tulang pelvik kita sedikit demi sedikit. Pada waktu ini ibu akan mudah terasa nak membuang air kecil seperti pada Trimester Pertama kerana kepala baby menekan pada pundi kencing. Berita baiknya pula, ibu dah boleh bernafas dengan agak mudah kerana ruang atas dah semakin kosong.

(Yang ni . Aku rasa masa masuk 31week haritu, tapi part nak terkucil tu boleh tahan lah kalau tgah malas nk bngun . But now tak boleh dah. Senak !) 

2. “Laluan” mula terbuka (dilates)
- Serviks juga semakin menipis dan semakin terbuka sebagai persediaan untuk melahirkan. Ada sesetengah hospital akan melakukan pemeriksaan bukaan setiap kali check-up dan ada juga yang tidak. Jangan rasa bimbang sekiranya anda hampir dengan due date tetapi tiada bukaan langsung. Ini kerana setiap orang adalah berbeza keadaannya

(Yang ni, selagi tak gi hospital mmng tak tahulah nak komen . Sbb doctr je yg tahu nge chek nyer pon 😂.. Tapi setahu aku blum ada contraction means belum ada bukaan .)

3. Anda akan kerap rasa cramp dan juga sakit belakang yang agak kuat. 
- sekiranya ini bukanlah anak yang pertama, anda akan rasa semakin sakit di bahagian belakang bawah. Otot dan semua joint akan melonggar dan bergerak sebagai persediaan untuk melahirkan

(Yang ni . Belum rasa sangat . Rasa sesikit je . Still rasa sakit blkng normal je ..)

4. Semua sambungan (joints) pada badanseperti longgar.
- Sepanjang tempoh kehamilan, hormon relaxin yang dirembeskan akan menyebabkan semua ligamen menjadi lembut dan longgar. Semakin hampir dengan due date, anda akan dapat merasakan bahagian badan anda semakin melonggar. Jangan risau, ini adalah sebagai persediaan untuk memberi laluan kepada si kecil anda =)

5. Berat badan anda tidak akan bertambah (atau berkurang) 
- Menjelang akhir kehamilan, anda tidak akan bertambah berat badan dan mungkin ada juga yang kehilangan berat badan. Tapi jangan risau, baby masih bertambah berat badannya. Cuma air ketuban kita (amniotic fluid) semakin berkurangan, serta kekerapan kita ke toilet untuk membuang air (Refer point 1 dan 6) akan mengurangkan berat badan

(Yang ni nampak lah. Dah 3kali chekup berat takat 51kg je . Nurse ingat aku tak selera makan, padahal kerja melahap aje . Huhu ..) 

6. Anda akan mengalami cirit-birit.
- Memandangkan semua otot berada dalam keadaan relax, begitu juga otot pada rectum. Ini menyebabkan aktiviti pada usus besar melonggar dan menyebabkan cirit birit. Walaupun rasa tak selesa, harus diingat ini adalah petanda baik. Banyakkan minum air untuk kekal hidrate ye

(Yang ni pelik, aku tak pulak cirit. Tapi sembelit . Sama ke ? Tak kan ?? Aku punya sembelit sampai boleh tertido dalam jamban 😓 haha !)

7. Anda akan rasa sangat letih dan rasa nak berehat sentiasa.
- Dengan perut yang memboyot, badan lesu tidak bermaya menyebabkan anda berasa sangat letih. Tidur malam pon tak lena. Sekiranya anda mempunyai peluang diwaktu siang untuk berehat, just have a good nap ye.

(Yang ni ye . Mmng rasa letih sikitt. Perut berat rasa nak tertonggeng kedepan. Tapi still tak mau dduk diam . Ada je bnde nk buat. Melainkn letih gila . Mmng satu hari tu tdo jer ! 😂 )

Ok ! Yang bawah ni pulak kalau dah rasa mmng dah tak lama dah bby nak kluar . Tak harini , esok. Haha . 

Early Labour: Beberapa jam sebelum bersalin

1. Anda mengalami contraction yang sangat kuat dan kerap.

- Contraction adalah tanda awal bagi active labour. Kecuali Braxton Hicks. Bagaimana nak bezakan antara contraction sebenar dengan yang palsu (Brixton Hicks) ni:

i) Walaupun anda aktif, contraction tidak menghilang, malah semakin sakit dan kerap

ii) Walaupun anda dah tukar posisi, contraction tetap tidak berkurang dan hilang.

iii) Contraction bermula dari bahagian bawah belakang, dan berpindah ke bahagian bawah perut dan juga kaki

iv) Contraction progress: Semakin kerap dan semakin sakit. Dan kadangkala mempunyai rentak tertentu.

- Pada mulanya selang 10 minit sakit datang (satu sesi sakit tu dalam setengah minit).

 Bila dah nak bersalin tu sakit contraction adalah selang 1 minit. Waktu ni memang rasa dah tak tertahan nak buang air besar 😱


2. Anda perasan ada discharge yang berubah warnanya, tidak seperti keputihan biasa.

- Beberapa hari sebelum nak bersalin tu anda akan perasa cecair yang keluar adalah sedikit pekat.
- Bila dah tiba hari nak melahirkan, akan ada ‘bloody show’ iaitu akan turun sedikit darah. Jika tanda ini dah keluar, cepat-cepat ke hospital ye

3. Pecah air ketuban. 
- Hanya 15% dari ibu hamil akan mengalami air ketuban pecah, jadi jangan ambil ini sebagai satu-satunya tanda anda dah nak bersalin ye.
Bila air ketuban dah pecah, cepat-cepat ke hospital, kerana semakin lama anda bertahan, lagi bahaya kerana baby mudah terkena jangkitan sekitanya perkara ini terjadi .

Ok . Smbung cerita, lpas sembang2 pasal simptom ni .

Dia pun cakap , sabar .
 ( Ceh pdhal dia yg sllu mintak anak dia cepat kluar puii 💁)
Aku mmng sabar sentiasa . Yg dalam ni haa ! Tak sabor nk tgok dunia . 

Tiap hari aku borak dengan perut. Pujuk dia jangan kluar awal. Klau nak kluar awal, at least lpas balik johor lah. hm 

Hopefully bby dengar rayuan mama yer 🙏
Hm . Then sambung aku cakap kat Afiq, nnty yg no 2 nk plan elok2 lah nk bgi tarikh sama . 

Tau laki aku ckap apa ?
Ha! Boleh lah tahun depan tambah lagi . 

Krikkrikk krikk.. 

Anak sulung baru tgok dunia nk tambah pulak no 2 ? Wahh ? Seronok ? 

At least 4tahun ok gap . Ingat senang nak didik anak zaman Najib ni ? Huhuhu !

Hm tdolah ,esok nak chekup lagi . Nk jenguk bby 😘 nunite 😊