Sunday, 24 November 2019

Bukit Tinggi Pahang

Hai gais ! Jumpa lagi .! Assalamualaikum . entry kali ni nak sembang pasal post yg dah nak basi . hahahah ! cerita pengalaman kami menjelajah ke Bukit Tinggi. pada Januari 2019 haaaa ! 

okey cerita dia macam ni . 
sebenarnya laki aku dah lama sebut nak g bukit tinggi . nak gi bukit tinggi . bukit tinggi ni kat area Bentong . kami dari Banting lalu Gombak lah mcm biasa.  
aku ni sejenis tak suka g jalan konar konar naik bukit ni . seriau ! 
ada satu haritu dia petik lagi nama bukit tinggi ni  . kawan dia cakap best . 
kata dia . 
laki aku ni mmng spesis suka tempat sejuk   bayanglah dia pernah ajak aku pindah Australia dia nak kerja petik buah kat sana ...
 kau rasa ? 
aku kata diorg pun ada musim panas jugekk ... 

pastu ada lagi satu cadangan dia . yg dia masih pertimbangkan sampai harini . 
pindah cameron . bisnes kat atas bukit sana  . 
ceritanya mula dari kawan dia lah . mmng org sana . ada Kedai tak diusahakan . suruh kami usahakan . uisshhh letih ooo dduk tinggi tinggi 🤦

ha tu cerita lain . 
ok balik pada kisah tadi . 
aku pun iyekan aje . 

tetibe weekend tu dia cakap . 
jom siap siap nak balik Subang . 
aku pun dok pikir buat apa balik . sbb masa tu family in law aku pun takde kat rumah  . Diorg balik Perak. 

kemas punya kemas . Jam 10 macam tu   matahari dah tegak baru kami keluar rumah . 
menyempat tu mencari sarap . 
aduhai . 
aku layan kan aje lah . 
udah kenyang masuk kereta . aku terlelap lah pulakk ..  

sedar sedar . celik mata . kata dalam hati . 
mana ni ? ni bukan kg melayu subang . 
hahaha 
pastuu laki dok sengeh2 . 
"kte nak naik bukit tinggi ni"
hok alorhh ! 
aku dah sesiap landing kerusi . sbb aku sjnis loya kalau layan konar ni  . rupanya konar dia biasa biasa je ... 

naik atas pun sikit je dah jumpa pintu gerbang dia . 
kena bayar entrance . MAAF KALAU SILAP INFO !
tak silap harga dia , 
RM15 dewasa RM8 kanak2 . 
kalau kau nak shoot gambo kawen kat sini apak mahai .. tapi takpasti lah why mahal . adakah guna photografer mereka ? aku just baca kat papan tanda jek . haha ! 
yesss takde ambik gambor papan tu . aku ni bukan yg sjnis suka ambik gambor lah   hahah boring kan ? 

naik naik je kitorang terus gi taman Jepunss .  
ooih ramai juga rupanya . 
jumpa tandas suruh Amirziyad shi shi dulu . sbb ku pandang tangga tegak utk panjat ke atas . kalau dah naik tetibe dia nak shi shi ajee pengsan ! 

hahahha yaaa kena panjat tangga . so tempat ni tak sesuai utk warga emas . kalau larat panjat berenti berenti then proceed lah . 
tapi taklah tggi sangat lebih kurang 100 anak tangga je .. 

pastuuu dah panjat tangga . kena sambung menapak pulak utk ke taman jepun tu  ..
dah sampai hujung taman jepun ke kiri . 
jumpa pintu gerbang taman jepun ni . 




kat sini lah Amirziyad nampak ulat gonggok bapak besorr weii ! 
hahaha ! semut pun besor2 tau kat situ . agaknya sihat kot dduk dalam hutan tu. 
bukit tinggi ni lebih kurang sejuk jugak lah tapi tak sesejuk cameron nd genting lah . tapi tak berpeluh lah sepanjang "merantau" kat atas tu. 



menapak punya menapak . 
jumpa view ni .. 
belakang tu kolam ikan koi . tapi ikan nya kat atas je . cantik ! sumpah cantik ! 


kau naik atas lagi . ada rumah jepun kat situ . boleh sewa baju Jepun . aku tak pasti lah sewa ke ambik je . sbb tak tanya pun . dah ramai no org malas aku . hahaha !


ktorg yg trtarik nya kat ikan ikan tu je . jinak oii .. sambil2 bagi makan . usap2 sikit . hahaha . makanan dia pun beli kat situ . 
RM 1 . layan kan lah Amirziyad nak bg fish makan . 



dah settle selpie2 view kat situ yg sumpah cantik . ktorg pun turun . 


pegi pulak sebelah kanan tu pegi masuk hutan . hahaha ! tgok pokok2 . bukan hutan belantara lahh ada macam2 spesis pokok kat situ . 

ada laluan yg penuh liku . konon2 nak merantau smpai bawah sbb katanya ada haiwan2 jugak bawah tu .. tapi makk oi aku ni spesis negative thinking . dgan pokok jurai2 tu dahan ada yg jejatuh aku cakap kat laki aku .

"cukuplah sy tak larat . jom patah balik .."



dah patah balik sambil2 duduk aku cakap kat laki aku . 
"sbenarnya sy tak sedap hati hahaha ! yelah bayangkan tgah2 lalu tu ada ular terjulur . eisshh seramm !"

hahahah ! 
laki aku kata 
"tempat ni kan diorg jaga.."

aku jawab . 
"jaga ? macam tak jaga jee hahaha yg atas atas nampak lah macam dijaga . dh smpai bawah mcm krik krikk je . hahahhaha !"

maka.. kami pun mnruskan perjalanan utk turun kat kereta g tempat lain pulekkk ... 

tiba2 Amirziyad nak aiskrim pulekk .. kat tepi2 tu ada org jual takoyaki . aiskrim . waffle . ada mini restoran jugak serve makanan Jepun . tapi wa cakap sama lu . harga kepok kepok laa . hahahha ! 

ktorg beli aiskrim je utk Amirziyad tak terasa pun nak makan benda lain . hahaha ! 
puas selfie . kami turun . 


pegi pulak ke colmar tropicale kot tak silap aku nama dia . hahaha nyanyoks sudah .. 





sampai2 sini parking dalam bangunan yg macam castle tu .. free jer .. 
bangunan castle ni tak silap aku dewan ke hotel cmtulah . tapi bangunan dia cantik . 

ape lagii .. posing satu kalii ! 

hahaha sambung menapak nak poyi ke colmar. 
ramai jugak org luar sbnrnya kat sini . 
jalan2 . 




posing dulu depan pintu gerbang dia . 
atas jambatan . 
kat jambatan tu ada jual lock love . mahal dol . mmbazir haha ! 

jalan lagi turun tangga . ada swan .. jinak ! tapi seram haha ! 
jalan lagi ada dinasour park . 
ada macam2 tarikkan . 
ko nak main ko bayor . 
kami mmng tak lerr .. 

benda mahal2 tak kenyang membazir ! haha ! 
kami truskan perjalanan pusing tawaf satu colmar tu . 
bangunan ni hotel sbnrnya . 
tapi utk masyarakat muslim macam tak sesuai sikit nak menginap kat sini . sbb katanya malam2 ada persembahan yg macam tak sesuai utk kte . 
and ada mabuk2 jugak . 
tak tahu lah kte dengorkan aje .. 
makanan kat sini pun makanan org have have . air teh pun rm10 hahaha kalah genting chuolls . 

dalam bangunan ni ada bnyk lg kedai2 . mini funfair pun adoo

kami selfie2 posing2 lantas puulang ... 



singgah kjap kt taman rabbit . maka berlari larilah Amirziyad mengejar rabbit . 
bg rabbit makan. tapi smua dh kenyang 😆
ohh taman arnab ni free je tunjuk je tiket masuk yg rm15 tadi tu . haa! semua pree ! mkan minum main je bayorr.

selesai kami tours kat sini . kami punnn pulanggg ... 
perut lapar . dah start loya . laki ajak makan lemang toki pulak . 
huihh mmng idok lerr .. 
lain kali sis cakap . 
last2 g makan kat Ani sup utara cawangan gombak je hahaha teringin nak makan sup. 
tapiiiii hmmm sup kat sini macam kureng pulakkk .. ☹️
pernah makan kat food court mall mana ek tak ingat . fuhh padu weii ! sejak tulah jatuh cinta . tapi sayang . yg kat Gombak macam kureng . tapi still sedap lah . boleh makan . 

settle settle makan . laki ajak jalan kat mall lak   bini dia ni sejujurnya bukan kaki mall punya org . boring tau jalan kat mall hahaha ! 
aku lagi suka jalan jalan tgok nature dari jalan dalam mall . cuma tulahh kadang2 cuaca tu tak mengizinkan . 
tapi hari kejadian aku betul2 rasa lepak oo .. 
kbtulan pulak aku masa tu agak kurang sihat . lagilah malas . haha ! 

so terus la balik Subang . so conclusion nya . 
bukit tinggi , bentong ni best . sangat sesuai utk kaki selpie . kaki posing . tapi tak sesuai utk bermalam . sbb pada pemerhatian aku aktiviti kat sini boleh lumsum ko habis skli jalan . oh ya ! tapiiii ! kalau kau nak buat aktiviti lain . sukan lasak dia boleh lah kot bermalam kat sini . 
tapi 
aku tak sure lah menarik mana sukan extreme diorg tu . sbb aku tak masuk . hehe !
mkanan kat sini pulak . better bawak mknn sdri  tapi kalau nak try boleh lah . tapi jangan marah aku pulak bila nak berak pun rasa sayang . hahahahah ! 

oklah bhoii  !

No comments:

Post a Comment